Friday, December 23, 2011

Bahagiakah Tanpa Zuriat

Bismillahirrahmanirrahim...
Rasanya dah laaaaaaaaama aku tak update blog ni. kalau ikutkan memang dah bergoni2 gambar aku snap untuk update dalam blog. tapi sempat update dalam memori aje. hehehe... oklah. main purpose update blog sebab nak share few ilmu yang aku dapat malam tadi. kebetulan pagi semalam aku nampak iklan semanis kurma and tajuk yg akan dibincangkan malam tadi. alhamdulillah Allah gerakkan aku untuk tengok iklan tu. so, memang aku dah standby awal2 depan tv. reason??? of course sebab title dia yang directly kena ngan life aku. 'BAHAGIAKAH TANPA ZURIAT' tetamu malam tadi ialah Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang and couple yang dah 5 tahun b'kahwin. sambil tengok tu, air mata meleleh jugak. sedih, tapi redha and akan tetap b'usaha ke arah tu. so, let me share info yang sempat aku catit malam tadi:

Amalkan surah2:
1. Surah Al-Imran, ayat 38
2. Surah Maryam, ayat 4-6, ayat 10
3. Surah Al-Baqarah, 216
4. Surah Al-Anbiyaa', ayat 89
5. Surah As-Saaffat, ayat 100

Amalan2/Petua2 yang disarankan:
1. Minum air suam bercampur madu asli
2. Baca surah Al-Waqiah selepas solat Subuh
3. Baca surah Al-Mulk selepas solat Maghrib
4. Bersedekah setiap hari Jumaat
5. Bersedekah pada bayi baru lahir

Baginda Rasulullah SAW ada memberi tips pada sahabat yang b'tanya b'kenaan kesukaran mendapatkan zuriat:
1. Istighfar (Allah akan memberi jalan keluar kepada kesusahannya, Allah akan memberi rezeki tanpa diduga)
2. Bersedekah (jika kita memenuhi keperluan/permintaan orang lain, Allah akan penuhi pula keperluan/permintaan kita, insyaAllah)

lagi satu yang aku nak tekankan kat sini, ialah amalan surah Al-Waqiah. surah ni pendek2 je ayatnya and senang sangat nak baca. kebetulan aku ada surf kelebihan surah Al-Waqiah sebelum ni. and Rasulullah SAW ada b'sabda:

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”

So, aku rasa dengan amalan surah Al-Waqiah jugak, insyaAllah kita akan diberi kekayaan tanpa kita duga. bukan kekayaan yang b'maksud duit semata2. tapi juga kaya dengan kegembiraan and rezeki2 termasuklah zuriat. bagi aku anak pun salah satu daripada lambang kekayaan. apa2 pun, yang penting niat kita and moga Allah sentiasa memberi rahmat and menunjukkan jalan yang lurus, yakni jalan2 mereka yang diberi nikmat olehNya. Amin ya Robbal A'lamin...

Tuesday, November 1, 2011

Innalillahiwainnailaihirojiun...

Bismillahirahmanirrahim...

Sesungguhnya kami telah dkejutkan dengan berita pemergian ibu saudara yang menetap di Kuantan awal pagi ini. oghang umah dapat call dalam pukul 2.30am and kami betul2 terkejut. kebetulan pula kereta kami tiada, so memang aku imagine takkan muat untuk aku ikut sama melawat sebab kereta dah penuh ngan mertua and atok. selepas tu mmg aku tak dapat tidur nyenyak and rasa bersalah yang amat. sambil siap2 nak pi ofis, baru aku terfikir. kenapalah aku tak tumpang aje adik ipar. confirm diorang pun pegi. masyaAllah. kenapalah aku tak terfikir langsung. walau apa pun, aku tetap mendoakan roh arwah sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan disamping mereka yang beriman serta diampunkan segala dosanya. Amin ya Rabb...

Thursday, September 8, 2011

Beraya at Mr n Mrs Bee' House

Bismillahirrahmanirrahim...

Mlm td aku beraya rumah officemate kat Nusa Idaman secara berjemaah. Tuan tanah masak soto. sedappp sangat and alhamdulillah arini aku dapat merasa home made begedil tuan tanah :D . Bukan apa, last year aku sesat2 cari jalan. hikhikhik.. padahal dah banyak kali pergi. tapi sebabkan that day aku dah naik pangkat dari co-pilot to pilot, so macam biasalah kan, xde aku nak archive lelama space untuk long-term memory... terus delete. pastu sendiri fikir ok. hikhikhik...

Actually dah 2 tahun b'turut aku wat open house but this year my hubby and i decide tak nak continue amalan tu. reason?? penat and paling tak best bila kita as tuan tanah tak dapat layan tetamu sebab terlalu ramai guest yang datang at one time.so, this year prepare stock utk wat mee hailam or macaroni goreng if ada member2 yang sudi beraya ke rumah kami. harap2 adalah yang sudi yek. aku anggap setiap orang yang datang tu adalah rezeki. seronok sesekali masak2 untuk hidangkan pada tetamu.

tapi agak susah sebenarnya kalau nak plan beraya because oghang umah keje shift. so, setiap kali shift malam, terpaksalah aku independent and pandai2 bawa diri beraya di rumah orang. hehehe... but honestly, still sayu and teringat pada oghang umah bila kita nak makan :D

apa2 pun,sangat bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk aku bertemu dengan bulan Ramadhan and Syawal yang mulia ini. Syukran Ya Allah...

Sunday, July 24, 2011

Stanza Cinta

Bismillahirrahmanirrahim..


Sekarang aku tengah demam drama stanza cinta yg ditayangkan every sunday@9.30PM. Adoi... aku paling tak suka kalau drama yang ditayangkan seminggu sekali. terseksa rasanya nak tunggu for next episode. Since aku tau yang drama ni diadaptasi from novel, aku pun cuba nasib cari novel ni kat kedai buku 'BADAN'. Berpinau mata mencari, tapi mungkin dah tertulis bukan rezeki aku :(

Takpelah, kalau dah rezeki, insyaAllah pasti akan dapat cuma mungkin lewat cket :) Tapi from comment yang aku baca dari blogger yang dah khatam novel stanza cinta, waduh... itulah cerita yang paling aku tak minat. hero pilihan meninggal. huhuhu... Tapi kalau kita muhasabah diri, memang it's normal orang yang baik2 akan kembali dulu mengadap Allah kerana Allah sayangkan mereka dan tidak mahu mereka melakukan lebih banyak dosa. Wallahualam... Yang pasti, novel stanza cinta boleh membuatkan pembaca bermuhasabah diri padaNya. insyaAllah akan aku usahakan utk memiliki novel 'STANZA CINTA'. Tunggu........... :D

Thursday, July 14, 2011

Emo :(

Bismillahirrahmanirrahim...

ari ni pepagi lg aku dah emo. sebabnya? mlm td aku jln2 kat blog orang and tulisan dia buat tido aku tak lena. kisah dia mcm sama ngan apa yg aku lalui sekarang.

hmmm... actually last 2 weeks aku ada wat appointment ngan gynae and dia advise us to directly use IVF-ICSI. tapi costnye tak hengat pulak. dalam 30k-40k termasuk ubat2 sampingan utk 4-5 bulan. aku senyum je.tp time oghang umah bayar parking, air mata aku xbole dibendung lagi and aku decide untuk drive balik. tapi sepanjang perjalanan tu air mata ni meleleh. aku confirm oghang umah perasan cuma dia try to be cool. sumpah aku tak ada niat langsung nak kecikkan ati dia. tapi apa daya aku, emosi xterkawal. so, lepas tu emosi aku kembali stabil :D

but because of the post yang aku baca malam tadi, semangat aku kembali berkobar2. actually blogger ni buat IVF kat government hospital je. and costnya pun below 15K. memanglah saving aku masih belum mencecah angka tu. tapi kalau aku kumpul dari sekarang, rasanya masih ada harapan.

ingatkan nak cakap issue ni pd oghang umah petang nanti bila aku pulang dari kerja. tapi sebab semangat yg berkobar2 ni, aku cakap gak even time tu mata oghang umah dah tak bole nak buka sebab dia baru balik keje night shift. kejamnye aku ni :(
then, reaksi dia mcm 'xpayahlah'. apa lagi, terus aku emo. sambil salam tu, aku bebel2, ayg nak anak jugak. ayg boleh kumpul duit. ayg tak nak pergi bercuti kemana2. duit tu semua ayg nak kumpul utk treatment ni. and of course lah masa driving tu air mata aku dah mcm air terjun. mencurah2. alamak, ada gak opismate tanya nanti. cepat2 aku control. hehehe.. e eh. t'type lak kata ganti nama aku kat umah. ngeee...

tapi sekarang ni, emosi aku dah ok sikit. rasa berdosa yang amat. ya Allah, Kau kuatkan dan tabahkanlah hati aku untuk hadapi semua ujianMu. Amin...

Saturday, June 25, 2011

Terima Kasih Allah

Bismillahirrahmanirrahim...


Kenapa most of the time kita ucap thank you to Allah when we get what we want? Lebih ditakuti bila kita blame Allah apabila kita diujiNya. Nauzubillah... actually i got 2 news yg memilukan this week. first is about my bf's baby. dikhabarkan baby Irfan Qayyim mengalami infection on his brain. Ya Allah! besar betul dugaan yg Kau berikan kepada sahabatku setelah Kau kurniakan kegembiraan kepada mereka. sesungguhnya aku pernah menghadapi situasi yg sebegini walaupun aku bukanlah seorang ibu namun tetap berdoa agar Allah kurniakan title 'UMMI' kepadaku 1 hari kelak. Aunty Shai sentiasa mendoakan dari kejauhan agar Baby Irfan Qayyim akan sembuh sepenuhnya dah menjadi anak yg Soleh dunia akhirat. Aminn Ya Rabb...

Second news pula benar2 menyedarkan aku bahawa hanya kepada Allah tempat kita memohon dan tiada yg mustahil dengan izinNya. Aku x akan pernah putus asa dari memohon kepadaMu ya Allah. Biarlah keputusan sudah ditangan, namun untuk mengaku kalah, tidak mungkin kucatatkan dalam kamus hidupku. kerana sesungguhnya tiada yang mustahil bagiMu ya Allah. Terima kasih kerana menguji kami kerana sesungguhnya kami tahu kami insan yg Kau pilih dan Kau tidak kejam untuk menurunkan ujian pada mereka yg tidak mampu menanggungnya.

aku pasti ini salah satu tanda agar kami lebih mendekatkan diri padaMu. syukran.. syukran.. syukran Ya Allah. Namun aku memohon padaMu agar janganlah Dikau sekali2 memesongkan akidah kami hanya kerana ujian yg Dikau turunkan kepada kami. Mohon agar kami sentiasa di bawah rahmatMu Ya Allah. Amin Ya Rabbalalamin...

Monday, June 13, 2011

Ayam masa Merah Madu

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari ni hati aku berbunga2 :D . sebabnya pagi2 dah dapat pujian daripada oghang umah. hihihi... senyum dah sampai ke telinga. kalau orang lain dengar mesti ketawa guling2 punya.setakat puji gitu, diorang dah tak heran. tapi aku tak kisah. sebabnya memang tersangatlah jarangnya oghang umah nak memuji masakan aku (nampak sangat tak pandai masak). hehehe... macam mana nak capai tahap masterchef, kalau seminggu sekali dua je masaknya. itu dah kira cukup bagus tu. kadang2 seminggu tak masak. sebabnya, banyak jemputan or request dari oghang umah yang tak nak makan sebab rasa berat badan dah naik. haa... camne tu? of courselah melompat2 dibuatnya(tapi dalam hati je).

Normally aku start bersilat kat dapur before subuh, kalau oghang umah keje night shift. sian pulak kalau dia bangun tp takde apa2 nak dimakan for lunch. since rasa dah lama sangat tak bersilat, aku jeling2 resepi kat bloggers yg famous2 and finally i found the recipe. unfortunately, lupa nak snap pic. next time je lah ek kalau i re-cook the same recipe. i just copy the recipe below and if u like to see how the side dish punya ghupe, u may refer to this blog http://dayangjack.blogspot.com/2011/06/ayam-masak-merah-madu.html

minta izin ye Pn Dayang utk cnp resipi ni :D

Ayam Masak Merah Madu

bahan-bahan :

* 1 ekor ayam (dipotong ikut suka dan digoreng hingga 3/4 masak) --- saya buat 3 ketul jek. kikiki
* rempah 4 sekawan (buah pelaga, kayu manis, bunga lawang dan cengkih) --- saya tak letak sebab tak tengok resipi waktu masak
* cili giling secukupnya
* sos cili secukupnya
* 2 keping asam gelugur --- saya tak letak juga
* 4-5 sudu besar madu (dibancuh dengan sedikit air)
* 1 labu bawang besar (dihiris bulat)
* 1 sudu besar sos tiram
* garam
* --- cili sos -- saya tambah
* --- gula sedikit -- saya tambah

bahan-bahan kisar :

* 10 biji bawang merah
* 4 ulas bawang putih
* 1 inci halia
* 1 inci lengkuas --- saya tak masukkan coz takde stock
* 2 batang serai

Cara-cara :

1. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali atau periuk. Tumis bahan-bahan kisar dan rempah 4 sekawan hingga wangi. Kemudian masukkan cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak.
2. Masukkan sos tiram, sos cili dan sos tomato secukupnya. Kacau rata-rata. Kemudian masukkan air secukupnya. Kacau lagi hingga mendidih.
3. Masukkan bancuhan madu, garam dan gula. Gaulkan sebati.
4. Masukkan ayam
5. Akhir sekali masukkan bawang besar.


rupa2 nya aku dah menderhaka pada tuan resipi. hehehe... tak perasan waktu masak tu. maklumler... masak waktu dinihari :D
maaf ye kak Dayang :D

Saturday, May 14, 2011

Rahmat Tuhan

Bismillahirrahmanirrahim...


Dah lama betul tak update blog ni. Ala-ala kekeringan idea gitu. Tapi hari ni nak update pasal cuaca sikit. Alhamdulillah, cuaca hari ni tersangatlah cantik and awan baru aje memuntahkan isinya. Syukran ya Allah kerana menurunkan rahmat kepada hamba2 Mu yang kepanasan sejak beberapa minggu kebelakangan. Sesungguhnya itu adalah satu peringatan pada kita hambaNya akan seksa Allah yg tak seberapa sangat kalau dibandingkan dengan di akhirat kelak. Nauzubillah... Tak dapat aku bayangkan. Moga kami sentiasa berada di bawah rahmatMu dan keredhaanMu. Amin Ya Robb...

Monday, March 14, 2011

Happy 2nd Anniversary! +Our Love Story Part 1..

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah. Syukur ke hadratMu ya Allah kerana memberi kesempatan pdku menikmati hidup di dunia ini :D Actually today is our 2nd anniversary. org tua2 kata masih mentah lg. xboleh nak ukur kebahagiaan tu. wait till 10 years and there u may know if u're really meant to be together. hehehe... xpelah. yg penting sentiasa ingt Allah dan yakin n redha dgn setiap ketentuanNya. hmm.. nak cite cket from the first time i met my oghang umh aka En Azizul Baharuddin.

Aku jumpa ngan oghang umh masa join team badminton anjuran company, CEO's Trophy Challenge. Time tu team diorg xcukup corum.At least kena ada sorang 'wanita' to ensure that they're qualified for the tournament. itu rules yg dtetapkan. dgn brt ati n after dpujuk ngan besfren aka housemate aka officemate, aku pon join jelah. padahal serius, aku mmg x pandai main badminton. so, nak djadikan citer, team kitorang dpt masuk next round. and after game tu, diorg ajk aku n my bff ngeteh2 sat. hehehe... since my bff dah b'ia2 pjk, so t'paksalah dia temankan aku ke mana pun ;p . actually my bff ni dept HR n as usual, org2 HR ni slalu je xbtl kat mata org lain. And time ngeteh tu, kesian aku tgk kat dia. asik kena blamed aje even niat diorg nak gurau. tp xpatut bcoz kitorg b'2 je wanita melayu t'akhir kat ctu. mana aci. haishh...time tu antara yg aku tgk b'ia2 dok sakat my bff ni, oghang umh. hmm..mmg meluat tgk. yelah, bff kena blamed kan, mana x sakit ati. dah nak dkt pkl 12 gtu, kitorg pon b'edar. aku ingt lg yg bff ada ckp kat aku odw balik 'mesti ko suke kat budak(refer to oghang umh)camtu. aikk... aku t'pinga sat. tny balik 'nape lak?' tp bff xjwb pon.so t'gantung gtu aje soklan aku..

then tomorrow nye aku dpt call dr nombor yg xdkenali. ble tny siapa, dia pun p'kenalkn diri. aik.. pelik bin ajaib. spanjang 2 ari game tu, cume skali je dia tegur aku. pergh... time tu mmg rasa eksen btl mamat ni. mcm bagoss jek. hahaha... bole pulak ngutuk org kan ;p . byk kali gak aku tny nak kan kepastian. dlm kepala mmg dah xde org lain lg ni. mesti our team leader yg kasik nombor aku kat oghang umh. siaplah nanti. sesedap rase jek pas2 nombor without ask my permission 1st. tp dsebabkan aku ni diajar agr m'hormati org lain, aku lyn kan jelah n xtau nape mlm tu aku jd t'lebih pramah. sudahnya, oghang umh yg kena interview ngan aku. bkn dia interview aku. wakakaka... sbenanya time tu aku nak cover rasa gemuruh. tu yg b'talu2 soklan aku ajukn :D . esoknye aku trus tepon mamat yg pass no phone tu. ceh, dia ngan rasa salah xsalah trus mengaku. siap guarantee yg oghang umh ni mmg baik. tu sbb dia brani kasik phone no kat tu. huh.. waktu tu mmg benganglah.

sejak dr tu b'mulalah episod tepon menepon. tp waktu tu kitorg b'aku engkau jek. mmg xde heart feeling kata org tu. besides mmg xde niat pon nak ke arah tu. kekadang kitorg dating gak. haa... tp jgn t'pranjat coz kami bkn dating b'2 tp b'3 skali ngan my bff. hahaha... xpasal2 kena follow kitorg. bkn ape, xnak nanti org sangka yg bukan2. since kitorg xdeclare apa2, bff pon kujempot follow sama setiap kali dpelawa oghang umh. kihkihkih.... xtaulah apa prasaan oghang umh time tu. m'jeruk rasa agknya. nasiblah kan. dr nak blanje sorg, kena kuar tok 2 org. hehehe...

Oklah. rasanya cukup stakat ni coz nak continue korean drama sat. hehehe. kita sambung di lain waktu. daaa.... jgn malu2 m'jeling gamba pernikahan kami :D

Friday, March 11, 2011

Japan's tsunami

Bismillahirrahmanirrahim...

Insaf rasanya bile tgk keadaan gempa+tsunami di jepun through tv news. Nauzubillah. Betapa besarnya kuasaMu ya Allah. Ini petunjuk dr Allah pd kita umt Islam di Malaysia khususnya agar tidak leka n lalai pd perintahNya. sesungguhnya tiada amaran yg dikeluarkn andai tiba saat kita meninggalkn dunia yg fana ini. Ya Allah, syukur padaMu kerana masih memberi kesempatan padaku utk memperbaiki diri ini.

Actually gegaran di jepun dengan skala ritcher 8.9 adalah yg ke lima plg teruk dalam sejarah dunia sejak tahun 1900 n negeri yang paling teruk adalah Sendai, Tokyo, Iwate, Fukushima dan beberapa negeri yang berdekatan. Aku b'doa moga saudara2 kita di Jepun b'ada dlm keadaan selamat, insyaAllah. Rasanya cukuplah coretan utk hari ini. let's picture tell a story..
pic ihsan from mr google




Thursday, February 24, 2011

Niat

Bismillahirrahmanirrahim.

dah lama xhapdet blog ni. mmg tetiap ari pasang niat, rupe2nye hapdet dlm mimpi jek ;p Actually skang ni aku tgh pasang niat (ceh... niat lg. hehehe...) nak kurangkn amount segala mcm food yg masok dlm porut ni. risau lak bile tgk makin ari makin mengembang jekss... tp xtau lah nape susah beno nak disiplinkn diri ni. agknye sbb pengaruh luaran yg lbh kuat kot. bwh ni antara reason2 knp aku ssh nak follow diet ni :

1. kalau oghang umh kj day shift or off day, confirm rembang ptg lg dah disoal apa dinner mlm tu. so nak xnak, msklah gak (time rajin jek. slalunya xpon. hikhikhik...). dah kalau oghang umh mkn, mestilah i kena temankn. xkanlah nak tenung je dia mkn ye dak?? mau xt'liur pulak kan. hahahaha... akibtnya dgn aku2 join skali.

2. kat opis ni slalu gak wat mkn2. camne aku nak posa ni?(nmpk sgt xkuat iman tu ;p)
menu lak xpernah nye x serasi. suuume srasi ngan tekak ni. dah nama pon srasi, confirmlah overloaded masok tekak ni. hehehe...

3. perasaan aku ni halus cket. pantang nmpk mknn x abis, walau dah kenyang mana pon ttp aku perabihkn. sayang sgt rasanya. itukn rezki. kalau tgk org2 susah, punyalah sedih. mcm kais pg mkn pg, kais ptg mkn ptg. siannnn.... tu yg slalu m'dorong tekak aku ni jd ala2 tempt buangan. time mkn2 kat opis tu jgn ckplah. even porut ni dah full, still tapau. sbbnye mcm yg aku mention td. sayang kat rezki tu. asik buang2 aje..

hmm... tp aku masih dlm p'cubaan nak dptkn berat ideal smula. sume org dah tegur ni. lagipun mmg rasa x selesa bila bdn dah makin naik. pastu takut gak kot2 penyakit dtg m'jenguk2. kalau jenguk je xpe. takut terus b'mastautin.. nauzubillah...
so, ni nak tjk dinner mlm td. since advise aku tok mkn buah for dinner tlh direject n dsuggest lak tok goreng baked bean. haisshhh... camne lah nak diet. tp aku tambh lg menu tu ngan sosej rebus, brokkoli rebus n roti wholemeal. rasa ok lah kot. kuantiti pon ciput2 je. hehehe... kuantiti dlm pinggan. pastu cekut2 gak yg oghang umh nye. hahahaha....

Wednesday, January 19, 2011

JJCM

Assalamualaikum.
nak record cite2 yg dah agk basi.hehehe..

31-12-2010 (ptg)

Aku dah plan awal2 nak mkn eskrem BR coz every 31st ada discount 31%. Actually xbiasa mkn eskrem ni. last mkn ms school dl2.hehe.. so, mcm jakun cket lah ek. sampai2 je kat counter BR, punyelh ramai umat. huhuhu... tp sbb dah mmg plan nk mkn, kuredah jua. hehehe... ble nmpk sorg bdk ni ala2 free, aku pon trus panggil. lebih kurang cegini lah ek conversation nye :

Aku : Dik, akk nak banana royale 1

P'jual eskrem : akk no brape?

Aku : aa?? ek... kena amik no ek?

P'jual eskrem : kena amik no dl.

Aku : ooo... ok ;p

(dgn malu + slumbernye) aku trus ke dpn cashier yg mn no tu dletakkn. lorr.. nombor manual, mmglah aku xprasan. hahaha... jakun btl. pas sesi pemilihan flavour eskrem, kitorg pun start lah mkn. gulp... awat x brape sdp ni? xkena ngan tekak lah. huhuhu... eskrem btg lg sedap. xtau either mmg eskrem BR yg xsodap or aku yg salah pilih. hehehe... tp aku ttp kata yg eskrem ctu xde lah gah sgt....





31-12-2010 (mlm)
kitorg pi mkn2 kat snibong. ala.. tmpt mkn seafood. dis time kitorg cube mkn kat restorn lain dr kebiasaan. ceh, memula nmpk price tu kira oklah kn. menu package tok 4 pax cume RM90. since adik aku yg sukerela nak sponsor dinner tonite, kitorg pon dgn senang atilah wat amendment cket kat menu tu. ikn tuka pd ikn kerapu n tambh crab 4 ekor. skali tu mkn, huhuhu... xbrape kena ngan tekak saya lah :(
skali tu ble time nak byr, kitorg pun curi2 tgklah bape hengget sumenye. umang aih..... X B'BALOIIIII!!!! kena charge 2.1x ganda. huhuhu... b'salah sgt rasa. walopun adik kt xkesah :(








1-1-11
Dating ngan oghang umh.kebetuln pula dia off day weekend.yahuuuuu!!!! kitorg mkn lasagna n slice cake kat secret recipe. pergh... bestnyeee... kali ni mmg kena ngan tekak kitorg. tq to my lebli hubby!