Bismillahirrahmanirrahim..
Hari ni hati aku berbunga2 :D . sebabnya pagi2 dah dapat pujian daripada oghang umah. hihihi... senyum dah sampai ke telinga. kalau orang lain dengar mesti ketawa guling2 punya.setakat puji gitu, diorang dah tak heran. tapi aku tak kisah. sebabnya memang tersangatlah jarangnya oghang umah nak memuji masakan aku (nampak sangat tak pandai masak). hehehe... macam mana nak capai tahap masterchef, kalau seminggu sekali dua je masaknya. itu dah kira cukup bagus tu. kadang2 seminggu tak masak. sebabnya, banyak jemputan or request dari oghang umah yang tak nak makan sebab rasa berat badan dah naik. haa... camne tu? of courselah melompat2 dibuatnya(tapi dalam hati je).
Normally aku start bersilat kat dapur before subuh, kalau oghang umah keje night shift. sian pulak kalau dia bangun tp takde apa2 nak dimakan for lunch. since rasa dah lama sangat tak bersilat, aku jeling2 resepi kat bloggers yg famous2 and finally i found the recipe. unfortunately, lupa nak snap pic. next time je lah ek kalau i re-cook the same recipe. i just copy the recipe below and if u like to see how the side dish punya ghupe, u may refer to this blog http://dayangjack.blogspot.com/2011/06/ayam-masak-merah-madu.html
minta izin ye Pn Dayang utk cnp resipi ni :D
Ayam Masak Merah Madu
bahan-bahan :
* 1 ekor ayam (dipotong ikut suka dan digoreng hingga 3/4 masak) --- saya buat 3 ketul jek. kikiki
* rempah 4 sekawan (buah pelaga, kayu manis, bunga lawang dan cengkih) --- saya tak letak sebab tak tengok resipi waktu masak
* cili giling secukupnya
* sos cili secukupnya
* 2 keping asam gelugur --- saya tak letak juga
* 4-5 sudu besar madu (dibancuh dengan sedikit air)
* 1 labu bawang besar (dihiris bulat)
* 1 sudu besar sos tiram
* garam
* --- cili sos -- saya tambah
* --- gula sedikit -- saya tambah
bahan-bahan kisar :
* 10 biji bawang merah
* 4 ulas bawang putih
* 1 inci halia
* 1 inci lengkuas --- saya tak masukkan coz takde stock
* 2 batang serai
Cara-cara :
1. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali atau periuk. Tumis bahan-bahan kisar dan rempah 4 sekawan hingga wangi. Kemudian masukkan cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak.
2. Masukkan sos tiram, sos cili dan sos tomato secukupnya. Kacau rata-rata. Kemudian masukkan air secukupnya. Kacau lagi hingga mendidih.
3. Masukkan bancuhan madu, garam dan gula. Gaulkan sebati.
4. Masukkan ayam
5. Akhir sekali masukkan bawang besar.
rupa2 nya aku dah menderhaka pada tuan resipi. hehehe... tak perasan waktu masak tu. maklumler... masak waktu dinihari :D
maaf ye kak Dayang :D
No comments:
Post a Comment