Sunday, July 29, 2012

Sinus@Resdung

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah kerana Allah masih panjangkan umur kita untuk bertemu dengan Ramadhan kali ini. Sedar tak sedar, dah 9 hari(including today) umat Islam di Malaysia berpuasa. Tapi yg sedihnya, saya baru berpuasa 4 hari. Reason?
1. masalah wanita :)
2. masalah kesihatan.

So, kali ni saya nak cerita chronology yang menyebabkan keadaan tak mengizinkan saya untuk berpuasa.

20-Jul-2012: Seminggu sebelum puasa saya dah start demam and flu. Ingatkan biasa2 aje. So, the day before puasa baru saya jumpa doc at clinic PTP utk amik ubat.
22-Jul-2012: Kesihatan saya masih tak ok. so, i decide to meet another doc at policlinic GP.
23-Jul-2012: Saya minta guarantee letter(GL) from policlinic GP. i decide to make a follow up at Johor Specialist. tp doc refer to Putri Spec. bila i ask doc to change the letter, still nama doctor Putri but the letter is belong to Johor Spec. huh..
24-Jul-2012: Since clinic PTP and policlinic GP ni ownernya sama, saya jumpa doc at clinic PTP utk change the GL.
25-Jul-2012: My condition dah ok sikit. so, i just ignore the GL. actually GL to just for backup. hehhehe... tapi malam tu oghang umah paksa pergi follow up kat spec. hmmm... follow jelah.
26-Jul-2012: pagi tu ambil time off je sebab rasa sempat untuk masuk office before 12.30 pm. bila jumpa doc, apalagi, kena tembaklah. "ni mesti dah lama kan sakit? kalau baru sebulan dua, orang takkan jumpa saya" hehehe... memang pun. actually saya memang ada sinus or resdung dlm bahasa melayunya. boleh kata every morning mesti saya bersin2. pastu allergic ngan habuk n kucing. Then doc suruh wat ct scan.
26-Jul-2012@11.00am : saya buat ct scan. since this is my 1st time, fuh... hanya Allah je yg tau. takut sangat. dahlah waktu tu oghang umah keje. saya mmg gamble je jumpa doc. tak sangka byk procedure nak kena follow.
26-Jul-2012@12.15pm : jumpa doc semula utk dia explain image scan tu. tp before jumpa doc, nurse dah remind yg silap2 petang or esok jugak kena wat surgery. gulp.. betul ke? nurse siap dah prepare document+ward utk saya admit aritu. huhuhu..
26-Jul-2012@1.30pm : doc busy ngan operation. so jumpa dia kat sana.doc decide utk wat surgery ptg tu jugak between 4-5pm. huwaaa... betul ke? saya ni dah mcm sakit, lepas tu cari lagi penyakit :(
26-Jul-2012@1.45pm : ambil darah
26-Jul-2012@2.00pm : register for admission. staff terus tag my hand mcm below pic. next, terus balik rumah utk solat and packing2 apa yg perlu. at the same time, paksa oghang umah balik utk ikut sama ke hosp. hehehe...

setelah sah register

26-Jul-2012@3.30pm : warded. actually i just informed my boss. yelah sbb nak tukar dari time off ke cuti kan. kenalah inform boss. member2 IT x tau lagi sbb rasa mcm cepat sgt benda ni jadik. saya pun x sangka.
26-Jul-2012@4.15pm : saya ditolak ke operation theatre. Pakar bius dtg and start berbual ngan saya and other staff. maybe itu cara diorg utk cool down kan patient. tp lepas tu dia tny saya, "dah pernah wat operation ke sebelum ni?" saya jwb belum. this is my 1st time. then dia kata saya nmpk relax je mcm dah biasa. hehehe... itu antara kelebihan saya. sometimes, i'm able to pretend to be cool even dlm keadaan genting. yang penting sentiasa doa dan yakin pada Allah kerana time2 gini hanya Dia yg boleh bantu kita :)
26-Jul-2012@6.05pm : saya tersedar. time ni mmg rasa perit kat tekak and hidung. tp tahan jelah. few minutes later, saya dihantar semula ke ward. so, bermulalah episod yg tak mengizinkan saya utk berpuasa.

Dan saya hanya dibenarkan utk minum pukul 10.00pm. huwaaaa.... yg ni paling challenge. tekak saya sgt sakit. tgk jam mcm x bergerak je. huhuhu..
saya x tahulah kalau ada yg kecil hati sebab saya x inform awal2. bukan niat nak sorok, tp mcm pantas sgt process nya. saya pun x sangka kena operate hari tu jugak. so, maaf andai ada yg terasa :(
Lepas operate tu saya masih kuat lagi. tp lepas breakfast esoknya baru saya jadi lembik sgt2. muntah2. rasanya effect from ubt bius kot. fuhh... seriously saya rasa serik nak operate. padahal saya cuma buat minor ops aje. mcm manalah agaknya keadaan mereka yg terpaksa hadapi major operation kan. saya kagum pd semangat uolls. moga Allah sentiasa disisi utk melindungi kita Amin ya Rabb...
Oklah, saya akan cerita details pasal sinus ni dlm next entry. Adios :)

Tuesday, June 12, 2012

Butter Prawn & Siakap 3 Rasa

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, masih diberi peluang utk menumpang teduh dibumiNya :D actually tuan tanah tak berapa sihat. flu. so, idea pun macam ala2 tersumbat gak malam ni. hehehe... nothing's interesting to be shared today. nak buka cerita2 lama, takut dah basi. lama sangat simpan dalam kepala ni.

apa kata cerita pasal masak2. bole tampal gambar. so, taklah nampak simple sangat entri kali ni kan. hmmm... nak cite pasal masakan kelmarin. since oghang umah keje day shift, so ahkak pun berjimba2 lah dulu. relax2. sbb target oghang umah balik pukul 5.30 pm, so, dah nak dekat balik tu baru kelam kelibut bersilat kat dapur tu. bajet boleh siap on time lah kan. but as usual, ahkak ni buat keje memang macam siput. bunyi je kelentang kelentung. tapi hasil nye tak hado. hahaha... akhirnya siap juga dish untuk dinner kelmarin. jeng... jeng... jeng... siakap 3 rasa + butter prawn. haaa... jangan memain. siap bawa masok lappy lagi you kat dapor. biasalah, orang RAJIN masak. memang kena refer resipi kat tenet. kihkihkih... konon nak present something different kat oghang umah kan. sebabkan jarang2 memasak, so decide masak special sikitlah. siakap 3 rasa tu ok. but butter prawn tu masin sikit keraknya sebab terlebih letak garam. huhuhu... tapi udangnya superb. ceeewahh... pujilah diri sendiri. tak luak apa pun kan. hehehe... ok, taknak bebel panjang2. ahkak cnp resepi butter praqwn dari Myresipi(nurulhusna.haron) n siakap 3 rasa dari blog aznanie.blogspot.com. terima kasih daun keladi n moga dimurahkan lagi rezeki tuan2 empunya resipi ni. Amin ya Rabb...

Butter Prawn



Bahan-bahan ( 5 orang )

udang 1 kg (saiz M atau L)
BAHAN2 UNTUK GORENG UDANG
- minyak masak 5 sudu
- bawang putih 4 ulas (dicincang halus)
- daun kari (1 tangkai, ambil daun shj)
- cili api 5 biji dipotong kecil2 (ubah ikut selera)
- susu cair / susu segar (4 sudu)
- garam secukup rasa
BAHAN2 UNTUK SERDAK RANGUP (yg penting, adalah cara memasak nnt)
- 7 biji telur (ambil kuning sahaja)
- butter 7 sudu besar / 1 senduk besar
- minyak masak 1 cawan
- garam secukup rasa
- perisa ayam (maggie)secukupnya

Cara-cara
1. CARA MASAK UDANG, lumurkan udang dengan garam.
2. goreng udang dengan minyak yg panas 3/4 masak. ketepikan
3. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih hingga naik bau. masukkan daun kari hingga naik bau, dan campurkan susu, garam, cili api. Masukkan udang yg telah di goreng tadi dan gaul hingga sebati. Ketepikan
4. CARA MASAK SERDAK (SILA FOKUS). Pukul telur kuning tadi bersama garam dan perisa ayam
5. Di dalam kuali, panaskan butter hingga separuh cair. Kemudian tambahkan minyak masak (memang nampak banyak minyak). Pastikan ketika ini, guna api besar kerana permulaan, minyak perlu betul2 panas. Kalau guna butter shj, nnt akan jadi gelap. Minyak akan cepatkan proses pencairan dan pastikan warna minyak
6. Bila semua butter dah cair, slowkan api ke tahap sederhana.. kacau minyak tersebut dlm putaran jam dgn laju (hingga nampak pusaran). sambil tgn kanan mengacau minyak, tangan kiri masukkan sikit2 bancuhan telur tadi.
7. langkah ke 6 ni perlu dilakukan dengan putaran yg pantas tetapi selamat. putaran yang pantas dan minyak yg banyak akan menghasilkan serdak halus. bila halus, ia akan jadi rangup.
8. sesudah itu, serdak akan nampak berminyak. dengan pantas, perlu toskan serdak drp minyak (guna sudip berlubang, tekan2 manja supaya minyak cepat jatuh). sekiranya lambat, serdak akan 'serap' minyak dan tidak jadi rangup lagi. Minyak dalam kuali juga nampak keruh.
9. gaulkan udang yg telah di goreng tadi bersama serdak2 tersebut
10. siap untuk dihidang :D


Siakap 3 Rasa



Bahan-bahan:

Utk ikan:
1 ekor Ikan Siakap
Tepung jagung - untuk di lumur pada ikan
Serbuk Pasti Sedap Knoor
Minyak untuk menggoreng ikan

Utk kuah:
1 biji bawang besar - potong dadu
3 biji bawang putih - diketuk
10 biji cili padi - potong kecik-kecik
1 inci halia - dihiris kecik
1 biji tomato - potong dadu
Segenggam nenas - yang dipotong dadu
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
Garam secukup rasa
Ajinomoto secukup rasa
Gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara membuatnya:
Ikan dibersihkan dan ditoskan
Lumurkan ikan dengan Serbuk pasti sedap knoor.Pastikan semua bahagian di lumur rata
Kemudian, lumurkan pula dengan tepung jagung. Lumur ke dua-dua belah bahagian ikan termasuk bahagian dalam
Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali
Pastikan minyak betul-betul panas barulah di masukkan ikan tadi
Goreng terendam ikan tersebut
Setelah ikan garing, angkat dan ketepikan
Panaskan minyak dalam kuali yang lain
Tumiskan cili padi, halia dan bawang putih
Setelah bawang agak layu, masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan sos ikan
Kacau sebentar
Masukkan bawang besar, tomato dan nenas
Masukkan air sedikit
Tambahkan garam, gula dan ajinomoto
Biarkan kuah mereneh seketika
Setelah kuah agak pekat, angkat dan curahkan di atas ikan yang telah digoreng tadi

Wednesday, February 1, 2012

Rencah Kehidupan

Bismillahirrahmanirrahim...

hari ni macam2 kisah yang aku lalui. happy, sedih, malu. semua b'campur baur.where should i start? hmmm... lets start with a sad story first. this morning segalanya terjawab bila 2 orang officemate bercerita the reason why my boss 'BERCUTI' seminggu. macam2 yang kami teka when he couldn't be reached last week. rupanya dia temankan his 4 yrs old son for surgery. masyaAllah. sedih and kesian sangat bila dengar cerita tu. dunno how to react in front of him because i have few things to be discussed. then aku jadi tambah gelabah when my friend email to me and ask me to see my boss. alamak, time tu dah b'doa moga Allah berikan kecekalan pada aku untuk b'temu dengan my boss. and seperti yang dijangka, dia ada b'cerita about his son. aku nak tanya lebih2, tak sampai hati sbb suara dia memang dah sebak. and aku percaya yang dia perasan air mata aku dah start b'genang kat hujung bibir mata. aku t'lebih emotional sebab aku pernah lalui saat ni and seriously, it's not easy to control your feeling especially bila mengadap orang yang kita rapat and sayang berada dalam kesakitan. besides, we don't have any clue for how long he will survive. tapi semua ni mengajar aku menjadi seorang yang lebih tabah and kuat dalam menghadapi ujian Allah. jangan hairan bila nampak aku seperti tak berperasaan sebab ada kalanya aku dah t'ajar untuk tidak menunjukkan reaksi di hadapan orang. and boleh dikatakan yang hatiku sedikit keras. masih aku ingat ketika mendapat berita kematian arwah papa dan Bami(arwah abangku) meninggal dunia. aku x mengalirkan air mata, tapi hanya Allah yang tahu kesedihan yang aku tanggung. especially ketika arwah Bami meninggal. aku memang dah berjanji yang aku takkan menangis bukan sebab aku tak sayang kan arwah, tetapi aku terpaksa berpura2 kuat sebab aku tak nak mama nampak aku bersedih and i have to give my support to her. bayangkan sepanjang arwah Bami dalam keadaan nazak, aku and mama berkampung di hospital. and the hardest thing is i am not allowed to show my tears in front of him. aku tak nak arwah turut berasa sedih. ya Allah, moga dikau cucuri rahmatMu buat arwah papa and Bami serta kasihanilah mereka seperti mana kasihnya mereka terhadap kami ketika hayatnya. aku juga berdoa moga anak bos aku akan cepat sembuh and boleh continue his routine macam kanak2 lain. Aminn...

Ok, next story is my boss dah serahkan 'surat' bersampul masa perjumpaan pagi tadi. alhamdulillah. bersyukur sangat2 dengan rezeki yang Engkau berikan. insyaAllah, aku ingin sangat berkongsi rezeki ini dengan mereka yang amat memerlukan. moga janganlah Engkau membolak-balikkan hatiku dari niat ikhlas ini. sesungguhnya aku percaya bahawa rezeki juga merupakan suatu ujian buat hambaNya. harap2 aku tidak hanyut dengan rezeki yang Engkau kurniakan. Amin...

And story t'akhir is about beggar. actually aku singgah pasar malam odw back petang tadi. tujuannya nak beli buah sebab stock dah habis. but then, aku lalu depan makcik yang memang every week meminta sedekah kat pasar malam tu. suddenly aku nampak sorang mat bangla ni keluarkan duit dari purse. ya Allah, malunya rasa bila pendatang asing pula yang bg sedekah untuk kita rakyat Malaysia. sedih pun ada sebab percaya makcik tu dipergunakan oleh sindiket2 peminta sedekah ni. kesian pun ia jugak. rasanya biarlah makcik tu ditempatkn di rumah orang2 tua sebab aku percaya kehidupan dia akan lebih tersusun dan terisi dengan ilmu2 rohani andaikata dia tak ada sesiapa untuk menumpang kasih.

rasanya cukuplah sampai disini. mata ni pun dah nak terkatup menunggu oghang umah keluar berkayuh. dia lupalah tu yang esok masih kerja. hello... ini bukan KL yang sambut hari wilayah ok :D

Thursday, January 19, 2012

Rinduuu sangat kat awak :(

Bismillahirrahmanirrahim...

Huhuhu... sedihnyaaa. kucing kami hilang. awal2 pagi kelmarin mama call aku. tp aku xsempat nak jawab and lunch time baru aku return call. so, mama pon cite lah yang gemok dah ilang. huwaaaa!!!!!!!!!!!!! confirm ada orang curi gemok. malam tu as usual mama kuarkan gemok and kucing2 lain dari sangkar. then dengan senang ati kucing2 tu panjat klua pagar and main2 kat luar. tp biasanya xlama pastu, diorg mesti masuk umah smula. tp kali ni cuma 2 ekor je yang ada. gemok x muncul2. ya Allah. sedihnya bila denga. even aku ni allergic ngan kucing, tp aku mesti main ngan kucing2 tu bila dtg umah mama. pastu tanggung sendirilah bila oghang umah n mama marah. hehehe... last week aku nekad xnak main2 ngan kucing2 tu sangat coz aku dah terasa susah nak breathing kalau dok lelama ngan diorg. actually aku mmg ada athma masa kecik. tp bila denga cite mama tu, rasa sedihnyeeeeeeeee......... xtau nak cakap. masa type ni pun dah berlinang air mata. rindu sangatttttttttt. tetiap ari tgk gamba gemok. aku sempat amik video gemok. so, aku dok play video tu b'kali2. dah macam orang gila bayang je. asyik t'kenang apa lah yg gemok makan sbb diorang ni makan Iams kat umah. tu yg badan jadi montel and last aku nmpk gemok, ekor dia makin kembang. sbenanya mmg ramai yg kecek gemok ni. sampaikn vet kat clinic pon dok ulang2 tanya xnak kasi gemok ke? erk... gemoklah yg paling kami sayang coz gemok ni pantang nmpk kami duduk kat luar. mesti dia terus datang nak jilat2 and gigit jari kaki kami. huhuhu... tapi tu semua tinggal kenangan. aku redha and b'doa andai ditakdirkan jodoh kami sampai di sini, moga tuan baru akan sayang and beri yang terbaik pada gemok. tp andai masih ada jodoh kami, moga gemok akan pulang dgn selamat dlm waktu t'dekat ni. Amin ya Robbal A'lamin....We love u so much gemok :(

Friday, December 23, 2011

Bahagiakah Tanpa Zuriat

Bismillahirrahmanirrahim...
Rasanya dah laaaaaaaaama aku tak update blog ni. kalau ikutkan memang dah bergoni2 gambar aku snap untuk update dalam blog. tapi sempat update dalam memori aje. hehehe... oklah. main purpose update blog sebab nak share few ilmu yang aku dapat malam tadi. kebetulan pagi semalam aku nampak iklan semanis kurma and tajuk yg akan dibincangkan malam tadi. alhamdulillah Allah gerakkan aku untuk tengok iklan tu. so, memang aku dah standby awal2 depan tv. reason??? of course sebab title dia yang directly kena ngan life aku. 'BAHAGIAKAH TANPA ZURIAT' tetamu malam tadi ialah Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang and couple yang dah 5 tahun b'kahwin. sambil tengok tu, air mata meleleh jugak. sedih, tapi redha and akan tetap b'usaha ke arah tu. so, let me share info yang sempat aku catit malam tadi:

Amalkan surah2:
1. Surah Al-Imran, ayat 38
2. Surah Maryam, ayat 4-6, ayat 10
3. Surah Al-Baqarah, 216
4. Surah Al-Anbiyaa', ayat 89
5. Surah As-Saaffat, ayat 100

Amalan2/Petua2 yang disarankan:
1. Minum air suam bercampur madu asli
2. Baca surah Al-Waqiah selepas solat Subuh
3. Baca surah Al-Mulk selepas solat Maghrib
4. Bersedekah setiap hari Jumaat
5. Bersedekah pada bayi baru lahir

Baginda Rasulullah SAW ada memberi tips pada sahabat yang b'tanya b'kenaan kesukaran mendapatkan zuriat:
1. Istighfar (Allah akan memberi jalan keluar kepada kesusahannya, Allah akan memberi rezeki tanpa diduga)
2. Bersedekah (jika kita memenuhi keperluan/permintaan orang lain, Allah akan penuhi pula keperluan/permintaan kita, insyaAllah)

lagi satu yang aku nak tekankan kat sini, ialah amalan surah Al-Waqiah. surah ni pendek2 je ayatnya and senang sangat nak baca. kebetulan aku ada surf kelebihan surah Al-Waqiah sebelum ni. and Rasulullah SAW ada b'sabda:

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”

So, aku rasa dengan amalan surah Al-Waqiah jugak, insyaAllah kita akan diberi kekayaan tanpa kita duga. bukan kekayaan yang b'maksud duit semata2. tapi juga kaya dengan kegembiraan and rezeki2 termasuklah zuriat. bagi aku anak pun salah satu daripada lambang kekayaan. apa2 pun, yang penting niat kita and moga Allah sentiasa memberi rahmat and menunjukkan jalan yang lurus, yakni jalan2 mereka yang diberi nikmat olehNya. Amin ya Robbal A'lamin...

Tuesday, November 1, 2011

Innalillahiwainnailaihirojiun...

Bismillahirahmanirrahim...

Sesungguhnya kami telah dkejutkan dengan berita pemergian ibu saudara yang menetap di Kuantan awal pagi ini. oghang umah dapat call dalam pukul 2.30am and kami betul2 terkejut. kebetulan pula kereta kami tiada, so memang aku imagine takkan muat untuk aku ikut sama melawat sebab kereta dah penuh ngan mertua and atok. selepas tu mmg aku tak dapat tidur nyenyak and rasa bersalah yang amat. sambil siap2 nak pi ofis, baru aku terfikir. kenapalah aku tak tumpang aje adik ipar. confirm diorang pun pegi. masyaAllah. kenapalah aku tak terfikir langsung. walau apa pun, aku tetap mendoakan roh arwah sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan disamping mereka yang beriman serta diampunkan segala dosanya. Amin ya Rabb...

Thursday, September 8, 2011

Beraya at Mr n Mrs Bee' House

Bismillahirrahmanirrahim...

Mlm td aku beraya rumah officemate kat Nusa Idaman secara berjemaah. Tuan tanah masak soto. sedappp sangat and alhamdulillah arini aku dapat merasa home made begedil tuan tanah :D . Bukan apa, last year aku sesat2 cari jalan. hikhikhik.. padahal dah banyak kali pergi. tapi sebabkan that day aku dah naik pangkat dari co-pilot to pilot, so macam biasalah kan, xde aku nak archive lelama space untuk long-term memory... terus delete. pastu sendiri fikir ok. hikhikhik...

Actually dah 2 tahun b'turut aku wat open house but this year my hubby and i decide tak nak continue amalan tu. reason?? penat and paling tak best bila kita as tuan tanah tak dapat layan tetamu sebab terlalu ramai guest yang datang at one time.so, this year prepare stock utk wat mee hailam or macaroni goreng if ada member2 yang sudi beraya ke rumah kami. harap2 adalah yang sudi yek. aku anggap setiap orang yang datang tu adalah rezeki. seronok sesekali masak2 untuk hidangkan pada tetamu.

tapi agak susah sebenarnya kalau nak plan beraya because oghang umah keje shift. so, setiap kali shift malam, terpaksalah aku independent and pandai2 bawa diri beraya di rumah orang. hehehe... but honestly, still sayu and teringat pada oghang umah bila kita nak makan :D

apa2 pun,sangat bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk aku bertemu dengan bulan Ramadhan and Syawal yang mulia ini. Syukran Ya Allah...

Sunday, July 24, 2011

Stanza Cinta

Bismillahirrahmanirrahim..


Sekarang aku tengah demam drama stanza cinta yg ditayangkan every sunday@9.30PM. Adoi... aku paling tak suka kalau drama yang ditayangkan seminggu sekali. terseksa rasanya nak tunggu for next episode. Since aku tau yang drama ni diadaptasi from novel, aku pun cuba nasib cari novel ni kat kedai buku 'BADAN'. Berpinau mata mencari, tapi mungkin dah tertulis bukan rezeki aku :(

Takpelah, kalau dah rezeki, insyaAllah pasti akan dapat cuma mungkin lewat cket :) Tapi from comment yang aku baca dari blogger yang dah khatam novel stanza cinta, waduh... itulah cerita yang paling aku tak minat. hero pilihan meninggal. huhuhu... Tapi kalau kita muhasabah diri, memang it's normal orang yang baik2 akan kembali dulu mengadap Allah kerana Allah sayangkan mereka dan tidak mahu mereka melakukan lebih banyak dosa. Wallahualam... Yang pasti, novel stanza cinta boleh membuatkan pembaca bermuhasabah diri padaNya. insyaAllah akan aku usahakan utk memiliki novel 'STANZA CINTA'. Tunggu........... :D

Thursday, July 14, 2011

Emo :(

Bismillahirrahmanirrahim...

ari ni pepagi lg aku dah emo. sebabnya? mlm td aku jln2 kat blog orang and tulisan dia buat tido aku tak lena. kisah dia mcm sama ngan apa yg aku lalui sekarang.

hmmm... actually last 2 weeks aku ada wat appointment ngan gynae and dia advise us to directly use IVF-ICSI. tapi costnye tak hengat pulak. dalam 30k-40k termasuk ubat2 sampingan utk 4-5 bulan. aku senyum je.tp time oghang umah bayar parking, air mata aku xbole dibendung lagi and aku decide untuk drive balik. tapi sepanjang perjalanan tu air mata ni meleleh. aku confirm oghang umah perasan cuma dia try to be cool. sumpah aku tak ada niat langsung nak kecikkan ati dia. tapi apa daya aku, emosi xterkawal. so, lepas tu emosi aku kembali stabil :D

but because of the post yang aku baca malam tadi, semangat aku kembali berkobar2. actually blogger ni buat IVF kat government hospital je. and costnya pun below 15K. memanglah saving aku masih belum mencecah angka tu. tapi kalau aku kumpul dari sekarang, rasanya masih ada harapan.

ingatkan nak cakap issue ni pd oghang umah petang nanti bila aku pulang dari kerja. tapi sebab semangat yg berkobar2 ni, aku cakap gak even time tu mata oghang umah dah tak bole nak buka sebab dia baru balik keje night shift. kejamnye aku ni :(
then, reaksi dia mcm 'xpayahlah'. apa lagi, terus aku emo. sambil salam tu, aku bebel2, ayg nak anak jugak. ayg boleh kumpul duit. ayg tak nak pergi bercuti kemana2. duit tu semua ayg nak kumpul utk treatment ni. and of course lah masa driving tu air mata aku dah mcm air terjun. mencurah2. alamak, ada gak opismate tanya nanti. cepat2 aku control. hehehe.. e eh. t'type lak kata ganti nama aku kat umah. ngeee...

tapi sekarang ni, emosi aku dah ok sikit. rasa berdosa yang amat. ya Allah, Kau kuatkan dan tabahkanlah hati aku untuk hadapi semua ujianMu. Amin...

Saturday, June 25, 2011

Terima Kasih Allah

Bismillahirrahmanirrahim...


Kenapa most of the time kita ucap thank you to Allah when we get what we want? Lebih ditakuti bila kita blame Allah apabila kita diujiNya. Nauzubillah... actually i got 2 news yg memilukan this week. first is about my bf's baby. dikhabarkan baby Irfan Qayyim mengalami infection on his brain. Ya Allah! besar betul dugaan yg Kau berikan kepada sahabatku setelah Kau kurniakan kegembiraan kepada mereka. sesungguhnya aku pernah menghadapi situasi yg sebegini walaupun aku bukanlah seorang ibu namun tetap berdoa agar Allah kurniakan title 'UMMI' kepadaku 1 hari kelak. Aunty Shai sentiasa mendoakan dari kejauhan agar Baby Irfan Qayyim akan sembuh sepenuhnya dah menjadi anak yg Soleh dunia akhirat. Aminn Ya Rabb...

Second news pula benar2 menyedarkan aku bahawa hanya kepada Allah tempat kita memohon dan tiada yg mustahil dengan izinNya. Aku x akan pernah putus asa dari memohon kepadaMu ya Allah. Biarlah keputusan sudah ditangan, namun untuk mengaku kalah, tidak mungkin kucatatkan dalam kamus hidupku. kerana sesungguhnya tiada yang mustahil bagiMu ya Allah. Terima kasih kerana menguji kami kerana sesungguhnya kami tahu kami insan yg Kau pilih dan Kau tidak kejam untuk menurunkan ujian pada mereka yg tidak mampu menanggungnya.

aku pasti ini salah satu tanda agar kami lebih mendekatkan diri padaMu. syukran.. syukran.. syukran Ya Allah. Namun aku memohon padaMu agar janganlah Dikau sekali2 memesongkan akidah kami hanya kerana ujian yg Dikau turunkan kepada kami. Mohon agar kami sentiasa di bawah rahmatMu Ya Allah. Amin Ya Rabbalalamin...