Saturday, June 25, 2011

Terima Kasih Allah

Bismillahirrahmanirrahim...


Kenapa most of the time kita ucap thank you to Allah when we get what we want? Lebih ditakuti bila kita blame Allah apabila kita diujiNya. Nauzubillah... actually i got 2 news yg memilukan this week. first is about my bf's baby. dikhabarkan baby Irfan Qayyim mengalami infection on his brain. Ya Allah! besar betul dugaan yg Kau berikan kepada sahabatku setelah Kau kurniakan kegembiraan kepada mereka. sesungguhnya aku pernah menghadapi situasi yg sebegini walaupun aku bukanlah seorang ibu namun tetap berdoa agar Allah kurniakan title 'UMMI' kepadaku 1 hari kelak. Aunty Shai sentiasa mendoakan dari kejauhan agar Baby Irfan Qayyim akan sembuh sepenuhnya dah menjadi anak yg Soleh dunia akhirat. Aminn Ya Rabb...

Second news pula benar2 menyedarkan aku bahawa hanya kepada Allah tempat kita memohon dan tiada yg mustahil dengan izinNya. Aku x akan pernah putus asa dari memohon kepadaMu ya Allah. Biarlah keputusan sudah ditangan, namun untuk mengaku kalah, tidak mungkin kucatatkan dalam kamus hidupku. kerana sesungguhnya tiada yang mustahil bagiMu ya Allah. Terima kasih kerana menguji kami kerana sesungguhnya kami tahu kami insan yg Kau pilih dan Kau tidak kejam untuk menurunkan ujian pada mereka yg tidak mampu menanggungnya.

aku pasti ini salah satu tanda agar kami lebih mendekatkan diri padaMu. syukran.. syukran.. syukran Ya Allah. Namun aku memohon padaMu agar janganlah Dikau sekali2 memesongkan akidah kami hanya kerana ujian yg Dikau turunkan kepada kami. Mohon agar kami sentiasa di bawah rahmatMu Ya Allah. Amin Ya Rabbalalamin...

Monday, June 13, 2011

Ayam masa Merah Madu

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari ni hati aku berbunga2 :D . sebabnya pagi2 dah dapat pujian daripada oghang umah. hihihi... senyum dah sampai ke telinga. kalau orang lain dengar mesti ketawa guling2 punya.setakat puji gitu, diorang dah tak heran. tapi aku tak kisah. sebabnya memang tersangatlah jarangnya oghang umah nak memuji masakan aku (nampak sangat tak pandai masak). hehehe... macam mana nak capai tahap masterchef, kalau seminggu sekali dua je masaknya. itu dah kira cukup bagus tu. kadang2 seminggu tak masak. sebabnya, banyak jemputan or request dari oghang umah yang tak nak makan sebab rasa berat badan dah naik. haa... camne tu? of courselah melompat2 dibuatnya(tapi dalam hati je).

Normally aku start bersilat kat dapur before subuh, kalau oghang umah keje night shift. sian pulak kalau dia bangun tp takde apa2 nak dimakan for lunch. since rasa dah lama sangat tak bersilat, aku jeling2 resepi kat bloggers yg famous2 and finally i found the recipe. unfortunately, lupa nak snap pic. next time je lah ek kalau i re-cook the same recipe. i just copy the recipe below and if u like to see how the side dish punya ghupe, u may refer to this blog http://dayangjack.blogspot.com/2011/06/ayam-masak-merah-madu.html

minta izin ye Pn Dayang utk cnp resipi ni :D

Ayam Masak Merah Madu

bahan-bahan :

* 1 ekor ayam (dipotong ikut suka dan digoreng hingga 3/4 masak) --- saya buat 3 ketul jek. kikiki
* rempah 4 sekawan (buah pelaga, kayu manis, bunga lawang dan cengkih) --- saya tak letak sebab tak tengok resipi waktu masak
* cili giling secukupnya
* sos cili secukupnya
* 2 keping asam gelugur --- saya tak letak juga
* 4-5 sudu besar madu (dibancuh dengan sedikit air)
* 1 labu bawang besar (dihiris bulat)
* 1 sudu besar sos tiram
* garam
* --- cili sos -- saya tambah
* --- gula sedikit -- saya tambah

bahan-bahan kisar :

* 10 biji bawang merah
* 4 ulas bawang putih
* 1 inci halia
* 1 inci lengkuas --- saya tak masukkan coz takde stock
* 2 batang serai

Cara-cara :

1. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali atau periuk. Tumis bahan-bahan kisar dan rempah 4 sekawan hingga wangi. Kemudian masukkan cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak.
2. Masukkan sos tiram, sos cili dan sos tomato secukupnya. Kacau rata-rata. Kemudian masukkan air secukupnya. Kacau lagi hingga mendidih.
3. Masukkan bancuhan madu, garam dan gula. Gaulkan sebati.
4. Masukkan ayam
5. Akhir sekali masukkan bawang besar.


rupa2 nya aku dah menderhaka pada tuan resipi. hehehe... tak perasan waktu masak tu. maklumler... masak waktu dinihari :D
maaf ye kak Dayang :D