Tuesday, June 12, 2012

Butter Prawn & Siakap 3 Rasa

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, masih diberi peluang utk menumpang teduh dibumiNya :D actually tuan tanah tak berapa sihat. flu. so, idea pun macam ala2 tersumbat gak malam ni. hehehe... nothing's interesting to be shared today. nak buka cerita2 lama, takut dah basi. lama sangat simpan dalam kepala ni.

apa kata cerita pasal masak2. bole tampal gambar. so, taklah nampak simple sangat entri kali ni kan. hmmm... nak cite pasal masakan kelmarin. since oghang umah keje day shift, so ahkak pun berjimba2 lah dulu. relax2. sbb target oghang umah balik pukul 5.30 pm, so, dah nak dekat balik tu baru kelam kelibut bersilat kat dapur tu. bajet boleh siap on time lah kan. but as usual, ahkak ni buat keje memang macam siput. bunyi je kelentang kelentung. tapi hasil nye tak hado. hahaha... akhirnya siap juga dish untuk dinner kelmarin. jeng... jeng... jeng... siakap 3 rasa + butter prawn. haaa... jangan memain. siap bawa masok lappy lagi you kat dapor. biasalah, orang RAJIN masak. memang kena refer resipi kat tenet. kihkihkih... konon nak present something different kat oghang umah kan. sebabkan jarang2 memasak, so decide masak special sikitlah. siakap 3 rasa tu ok. but butter prawn tu masin sikit keraknya sebab terlebih letak garam. huhuhu... tapi udangnya superb. ceeewahh... pujilah diri sendiri. tak luak apa pun kan. hehehe... ok, taknak bebel panjang2. ahkak cnp resepi butter praqwn dari Myresipi(nurulhusna.haron) n siakap 3 rasa dari blog aznanie.blogspot.com. terima kasih daun keladi n moga dimurahkan lagi rezeki tuan2 empunya resipi ni. Amin ya Rabb...

Butter Prawn



Bahan-bahan ( 5 orang )

udang 1 kg (saiz M atau L)
BAHAN2 UNTUK GORENG UDANG
- minyak masak 5 sudu
- bawang putih 4 ulas (dicincang halus)
- daun kari (1 tangkai, ambil daun shj)
- cili api 5 biji dipotong kecil2 (ubah ikut selera)
- susu cair / susu segar (4 sudu)
- garam secukup rasa
BAHAN2 UNTUK SERDAK RANGUP (yg penting, adalah cara memasak nnt)
- 7 biji telur (ambil kuning sahaja)
- butter 7 sudu besar / 1 senduk besar
- minyak masak 1 cawan
- garam secukup rasa
- perisa ayam (maggie)secukupnya

Cara-cara
1. CARA MASAK UDANG, lumurkan udang dengan garam.
2. goreng udang dengan minyak yg panas 3/4 masak. ketepikan
3. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih hingga naik bau. masukkan daun kari hingga naik bau, dan campurkan susu, garam, cili api. Masukkan udang yg telah di goreng tadi dan gaul hingga sebati. Ketepikan
4. CARA MASAK SERDAK (SILA FOKUS). Pukul telur kuning tadi bersama garam dan perisa ayam
5. Di dalam kuali, panaskan butter hingga separuh cair. Kemudian tambahkan minyak masak (memang nampak banyak minyak). Pastikan ketika ini, guna api besar kerana permulaan, minyak perlu betul2 panas. Kalau guna butter shj, nnt akan jadi gelap. Minyak akan cepatkan proses pencairan dan pastikan warna minyak
6. Bila semua butter dah cair, slowkan api ke tahap sederhana.. kacau minyak tersebut dlm putaran jam dgn laju (hingga nampak pusaran). sambil tgn kanan mengacau minyak, tangan kiri masukkan sikit2 bancuhan telur tadi.
7. langkah ke 6 ni perlu dilakukan dengan putaran yg pantas tetapi selamat. putaran yang pantas dan minyak yg banyak akan menghasilkan serdak halus. bila halus, ia akan jadi rangup.
8. sesudah itu, serdak akan nampak berminyak. dengan pantas, perlu toskan serdak drp minyak (guna sudip berlubang, tekan2 manja supaya minyak cepat jatuh). sekiranya lambat, serdak akan 'serap' minyak dan tidak jadi rangup lagi. Minyak dalam kuali juga nampak keruh.
9. gaulkan udang yg telah di goreng tadi bersama serdak2 tersebut
10. siap untuk dihidang :D


Siakap 3 Rasa



Bahan-bahan:

Utk ikan:
1 ekor Ikan Siakap
Tepung jagung - untuk di lumur pada ikan
Serbuk Pasti Sedap Knoor
Minyak untuk menggoreng ikan

Utk kuah:
1 biji bawang besar - potong dadu
3 biji bawang putih - diketuk
10 biji cili padi - potong kecik-kecik
1 inci halia - dihiris kecik
1 biji tomato - potong dadu
Segenggam nenas - yang dipotong dadu
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
Garam secukup rasa
Ajinomoto secukup rasa
Gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara membuatnya:
Ikan dibersihkan dan ditoskan
Lumurkan ikan dengan Serbuk pasti sedap knoor.Pastikan semua bahagian di lumur rata
Kemudian, lumurkan pula dengan tepung jagung. Lumur ke dua-dua belah bahagian ikan termasuk bahagian dalam
Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali
Pastikan minyak betul-betul panas barulah di masukkan ikan tadi
Goreng terendam ikan tersebut
Setelah ikan garing, angkat dan ketepikan
Panaskan minyak dalam kuali yang lain
Tumiskan cili padi, halia dan bawang putih
Setelah bawang agak layu, masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan sos ikan
Kacau sebentar
Masukkan bawang besar, tomato dan nenas
Masukkan air sedikit
Tambahkan garam, gula dan ajinomoto
Biarkan kuah mereneh seketika
Setelah kuah agak pekat, angkat dan curahkan di atas ikan yang telah digoreng tadi