Friday, December 23, 2011

Bahagiakah Tanpa Zuriat

Bismillahirrahmanirrahim...
Rasanya dah laaaaaaaaama aku tak update blog ni. kalau ikutkan memang dah bergoni2 gambar aku snap untuk update dalam blog. tapi sempat update dalam memori aje. hehehe... oklah. main purpose update blog sebab nak share few ilmu yang aku dapat malam tadi. kebetulan pagi semalam aku nampak iklan semanis kurma and tajuk yg akan dibincangkan malam tadi. alhamdulillah Allah gerakkan aku untuk tengok iklan tu. so, memang aku dah standby awal2 depan tv. reason??? of course sebab title dia yang directly kena ngan life aku. 'BAHAGIAKAH TANPA ZURIAT' tetamu malam tadi ialah Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang and couple yang dah 5 tahun b'kahwin. sambil tengok tu, air mata meleleh jugak. sedih, tapi redha and akan tetap b'usaha ke arah tu. so, let me share info yang sempat aku catit malam tadi:

Amalkan surah2:
1. Surah Al-Imran, ayat 38
2. Surah Maryam, ayat 4-6, ayat 10
3. Surah Al-Baqarah, 216
4. Surah Al-Anbiyaa', ayat 89
5. Surah As-Saaffat, ayat 100

Amalan2/Petua2 yang disarankan:
1. Minum air suam bercampur madu asli
2. Baca surah Al-Waqiah selepas solat Subuh
3. Baca surah Al-Mulk selepas solat Maghrib
4. Bersedekah setiap hari Jumaat
5. Bersedekah pada bayi baru lahir

Baginda Rasulullah SAW ada memberi tips pada sahabat yang b'tanya b'kenaan kesukaran mendapatkan zuriat:
1. Istighfar (Allah akan memberi jalan keluar kepada kesusahannya, Allah akan memberi rezeki tanpa diduga)
2. Bersedekah (jika kita memenuhi keperluan/permintaan orang lain, Allah akan penuhi pula keperluan/permintaan kita, insyaAllah)

lagi satu yang aku nak tekankan kat sini, ialah amalan surah Al-Waqiah. surah ni pendek2 je ayatnya and senang sangat nak baca. kebetulan aku ada surf kelebihan surah Al-Waqiah sebelum ni. and Rasulullah SAW ada b'sabda:

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”

So, aku rasa dengan amalan surah Al-Waqiah jugak, insyaAllah kita akan diberi kekayaan tanpa kita duga. bukan kekayaan yang b'maksud duit semata2. tapi juga kaya dengan kegembiraan and rezeki2 termasuklah zuriat. bagi aku anak pun salah satu daripada lambang kekayaan. apa2 pun, yang penting niat kita and moga Allah sentiasa memberi rahmat and menunjukkan jalan yang lurus, yakni jalan2 mereka yang diberi nikmat olehNya. Amin ya Robbal A'lamin...

No comments:

Post a Comment